Wednesday, 2 October 2013

Bagaimana menternak kelulut / Kaedah pindah koloni kelulut

Assalamualaikum… Alhamdulillah, baru tamat kursus peternakan kelulut hari minggu aritu. Bukan apa, dalam nak mendapat faedah madu….dapat pula penyakit lain…sebabnya madu tak asli… Jadi nak madu asli, cuba2 gi kursus untuk ternak sendiri J

Berikut, cara2 nak bela lebah kelulut ni….(macam tak besttt je panggil kelulut kan? Panggil jerr lebah Trigona…takpun panggil jerr stingless bee!)

Ok, ringkasan nak bela mudah jerr:
1 -    Mula2 cari pokok yang ada sarang kelulut, pastu guna chain saw untuk belah dia…
     2 -    Pastu buka pelan2 kepada dua bahagian
    3 -   Guna pisau bersih untuk potong sisi telur lebah ni
4  -    Pastu letak jerr dalam hive (mesti letak menegak sama macam kedudukan dia dalam kayu asal), Masa letak tu make sure Cik Queen dipindah masuk sekali…kalau takde queen jarang koloni nak survive
5  -    Lepas tuu??? Siapp!!! Senang giler….dalam 2 hari dah nampak lebah2 ni repair telur diorg
6  -    Dalam seminggu dah nampak kantung madu yang siap dan di isi…tak perlu bagi makan!
7  -    Dalam 3 minggu, dah boleh collect madu sendiri….perghhhhh best best bestt


Selamat mencuba!!

Tapi kalau nak beli, yang dah dalam hive nak letak depan rumah, org biasa jual dalam RM500 - RM650. Cari jerr kat internet!....(kalau tak jumpa pembekal….email jerr kita kat honeygoldlab@yahoo.com ,nanti kita recommend kan)

Maybe mahal….tapi jangka hayat dia panjang tau….boleh wariskan hive ni kat anak cucu uolsss…. Sebabnya dia keep membiak!

Wednesday, 25 September 2013

Hidu madu kelulut untuk rawat asthma and allergy

Asma ni masalah masalah global yg xkira umur….tua, muda, budak kecik….kalau dah kena serangan memang panik! tercungap2, pastu nampak ketat je nak bernafas….(kesiannn)
Jadi orang dolu2 (sekarang pon) sangat percaya bahawa menghidu dan minum madu boleh melegakan asma, malah dah digunakan turun-temurun…. Ada yang makan dengan perahan limau, ada yang makan ngan cengkih dsb….
Lagi pon kalau kita bukak sarang lebah kelulut yang kita bela, hidu bau sarang dia pun memang pernafasan kita rasa ringan….

Masalahnya, kajian scientific pulak kata tak ada effect ponnn kalau kita hidu atau ambil madu untuk untuk legakan asma…. (untuk bancuhan madu ngan bahan2 lain masih dalam kajian)

Habis, macamana tuhh?

Ok… Asma ni berkait langsung nga allergy (ada juga penyebab lain)…. Salah satu punca yg diketahui diketahui boleh menyebabkan allergy adalah pollen dari tumbuhan. Org asma dapat sumber allergen ni masa main kat pokok bunga depan rumah kerrr, yg berterbangan dalam udara kerrr…atau macam2 cara…

Jadi, memandangkan lebah ni suka collect pollen untuk makanan depa (tengok gambar kat kaki lebah kelulut tuuu)….kajian terbaru telah dilakukan dengan menggunakan madu yang bercampur pollen…..jen jen jenggg…. POSITIVE! 60% pesakit tunjukan pengurangan simptom asma….Wahhh best best!

Makanya, kesan ini dihuraikan sebagai teori dimana pengambilan madu yang bercampur pollen akan merangsang badan kita membentuk imuniti terhadap pollen yang jadi sumber allergy tu…. Tambahan pulak, dah lerr madu ni kaya ngan anti-oksida, vitamin, anti-radang dsb…..so, campuran madu ngan pollen ni pulak akan ummphhhkan lagi khasiat madu! 

Kalau dalam sarang lebah kelulut ni, pollen yang diambil oleh lebah akan dicampur dengan madu dan komponen lain dan di simpan sebagai BEE BREAD (klik sini kalau nak tengok ghuper dia)….

Jadinyaaaaa…. Kalau kita nak harapkan madu sahaja untuk RAWATAN LANGSUNG asma ker, allergy kerr….. mungkin kesannya kureeeng…. Tapi digalakkan ambil madu untuk PENCEGAHAN, seelok2nya ambil madu yang bercampur dengan bee bread, pastu boleh amalkan menghidu bau madu pagi2… insyaAllah…

Cuma pesanan akhir….  Walaupun madu ni bagus, tapi untuk sesetengah orang yang memang allergic ngan madu….jangan pulak pandai2 nak makan! Boleh jadi anaphylactic shock tauuu