Wednesday 18 September 2013

Madu kelulut penyembuh eczema dan asma?

Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan dengan madu kelulut. Madu ini adalah  madu dari sejenis Lebah Kelulut yang tidak menyengat yang juga dikenali sebagai Meliponini atau saintifiknya Trigonal spp.

Saya pilih madu sebagai entry awal sebab madu adalah antara penawar utama yang disebut secara langsung di dalam Al-Quran (Surah An-Nahl) sebagaimana diberikut.

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. Surah An-Nahl: 68 & 69)

Firman Allah ini dihuraikan lagi melalui hadis Rasulullah iaitu:
Daripada Abu Hurairah RA berkata:
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: " Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berat).
Dari Ibnu Majah, Baginda bersabda:
Kalian harus konsisten dengan dua kunci kesihatan: Madu dan Al-Quran

Jadi, madu ni merupakan satu anugerah langsung Allah untuk manusia!

Tapi ada yang kata madu mungkin tak semujarab yang diharapkan…. Contoh, ada yang kencing manis, bila makan madu lagi tinggi kadar gulanya…..
Jadi dalam kontek ini, bukan Al-Quran yang bohong!...yang bohong tu manusia yang jual madu….. sebab setakat yang diketahui, kira-kira 65-75 peratus madu dalam pasaran adalah tiruan!!!!...

So, untuk dapat madu asli, saya fikir baik kita bela sendiri….dan lebah kelulut adalah yang paling selamat sebab dia tak menyengat….tengok hive kat atas tu, buat decoration pun lawa!

Dalam gambar tu saya sharekan sedikit bagaimana proses dapat madu dari lebah kelulut serta produk-produk lain dari kelulut. Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang sangat bagus untuk kesihatan .Sementara propolis pula merupakan campuran resin dari tumbuhan dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan bersifat antikuman.

Semestinya semua orang menekankan akan khasiat madu dan kelebihannya, jadi saya kurang beri penekanan untuk aspek tu kat sini…. entry untuk pengunaan madu bagi rawatan asma dan eczema klik kat sini

Bagi khasiat lengkap umum untuk madu, sila lihat pada review lengkap dalam jurnal saintifik berikut (cakap2 kedai kopi atau orang tu kata, orang ni kata, maybe orang tak caya J):



1 comment:

  1. Wow !! kira-kira 65-75 peratus !!
    Banyak tu...sukarlah untuk cari madu yg asli...~

    ReplyDelete