Monday 23 September 2013

Lawan Kanser dengan Madu kelulut…

Sebelum citer panjang, nak bagi senang paham mcm mana madu lawan kanser….kita kenal sket camana kanser terbentuk...
Cerr kita bayangkan satu unggun api. Sebelum ada api, kayu tersusun rapi. Datang Cik Neelofa bawak MANCIS, cetuskan api dan mulakan PEMBAKARAN KECIL. Datang pula Emma Maembong tembak unggun tu dengan FIRE EXTINGUISHER. Api pun padam. Tapi kalau FIRE EXTINGUISHER yang si Emma bawa tu tak cukup kuat, api tak padam dan MAKIN PANAS MEMBARA. Alang-alang dah terbakar, api kata baik dia marak dan BAKOR SEMUA KAYU tadi.                                                                honeygoldlab.blospot.com
Sekarang bayangkan kayu tadi tu payu dara yang normal…datang satu bahan toxic yg jadi pencetus mutasi yang org panggil karsinogen (mancis), sel payu dara tadi akan mula termutasi (pembakaran kecil). Jadi, system imuniti dan antibodi (fire extinguisher) badan akan lawan tisu termutasi tadi. Kalau imuniti badan kuat, sel rosak tu mati (api padam). Tapi, kalau imuniti tak kuat, sel termutasi tu akan membiak dan membesar membentuk tumor (biasanya stage 1 or 2). Tumor tadi akan menyebabkan keradangan (sama mcm kayu makin panas membara). Lama2, inflamasi/radang yang kemerahan dan lebam akan kelihatan pada payu dara. Hemmm apalagi…alang2 dah rosak, baik rosakkan semua payu dara!…akhirnya ia mengganas dan marak MEMBENTUK KANSER yang merosakkan semua tisu normal tadi (bakor semua kayu)….. Jadi, nampaklah breast tu rosak akibat kanser. (Nauzubillah…semoga Allah lindungi kita semuaUntuk kanser2 lain pun lebih kurang macam tu laaaa

Jadi, macam mana madu boleh pulihkan kanser bang?
Dalam madu ni kan ada bahan anti-inflamatori / antiradang… jadi bahan ni la yang dikatakan boleh halang cancer dari terbentuk (utk org sains-break the cancer signaling eg cox and NFkB pathway). Pastukan….madu ni rangsum lengkap dengan tenaga, vitamin, antioksida, antibiotik….jadi madu kelulut akan menguatkan imuniti badan dan bunuh semua sel kanser tadi. Kalau ikut contoh kat atas tu, Madu ni akan tambah power kat fire extinguisher!
Faham kerrr? Apa lagi? Gi beli madu gihhhhh
(Yang sakit tu tetap gi hospital! Jgn bergantung pada madu sahaja pulak!)



Dah beli Madu kelulut ni.... nak makan macam mana??
Tungguuuu..... tekan je kat Google+ badge sebelah tuuu... nanti kita update!


Untuk rakan saintis, pensyarah, doctor, dan bomoh2 yang rasa ada kesilapan dalam fakta, sila hantar pembetulan rakan2 ke email honeygoldlab@yahoo.com Kita dalam kontek mendidik masyarakat, fakta tepat dan teguran positif sangat dialu-alukan! terima kasih

5 comments:

  1. faham faham...bestlah !
    bukan macam baca buku teks...
    siap penerangan lebih mendalam dan terperincii lagi !!!

    ReplyDelete
  2. wah!!explanation yg sgt jelas dan padat..tp lg best sbb ada neelofa,dan emma..hehehe..tq Dr :)

    ReplyDelete
  3. Haha Young Happy Mama ....Klu Neelofa and Emma ajar add math, konpem satu kelas score hahaha

    ReplyDelete
  4. salam tuan..saya mau share ya tuan

    ReplyDelete