Saturday 14 September 2013

Assalamualaikum...Salam perkenalan

Assalamualaikum,
Salam perkenalan dan selamat datang ke laman saya.... Setelah sekian lama terpendam, akhirnya saya ada masa untuk berkongsi pendapat.... terutamanya dalam aspek perubatan tradisional...bukan bomoh-bomoh ni ...tp penggunaan herba dan madu dalam pengubatan...

Saya memilih kaedah penyembuhan semulajadi sebagai satu fokus  kerana ketika ini terlalu banyak ubat-ubatan yang bersifat komersial selain banyak kesan sampingan.

Lagi satu, sepanjang pengajian PhD saya (kajian penggunaan virus untuk merawat kanser otak), saya dilatih untuk menjalankan kajian yg setaraf negara maju....selama ini banyak sekali istilah Malaysia 20 tahun terbelakang dari negara barat digunakan......dan sememangnya kita ketinggalan dalam sesetengah aspek....

Jadi saya fikir...kalau kita terus mengejar, kita akan tetap dibelakang! Sebab depa selalu buat standard baru yang make sure depa kat depan. Cara terbaik adalah dengan menentukan sendiri halatuju kita dan mula kehadapan dalam perkara kita sendiri.... bukan dalam halatuju barat....

Contohnya, kalau barat ghairah dok promosi cerita2 ganas dan tembak2, Korea pilih utk buat rancangan sengal ala2 Running Man.....seronok apa :)

Jadi satu kaedah untuk kehadapan dalam aspek kualiti kesihatan adalah dengan kembali kepada resepi2 perubatan kita sendiri....bukan mundur kebelakang, tapi kembali kepada tapak yang kukuh!
Mungkin ada yg berpendapat petua2 org tua kita dah tak relevan dgn perubatan moden, tapi ada perbezaan antara petua dan ramuan perubatan...
In sya Allah akan ada sesuatu untuk rakan2 :)

2 comments: