Wednesday, 25 September 2013

Hidu madu kelulut untuk rawat asthma and allergy

Asma ni masalah masalah global yg xkira umur….tua, muda, budak kecik….kalau dah kena serangan memang panik! tercungap2, pastu nampak ketat je nak bernafas….(kesiannn)
Jadi orang dolu2 (sekarang pon) sangat percaya bahawa menghidu dan minum madu boleh melegakan asma, malah dah digunakan turun-temurun…. Ada yang makan dengan perahan limau, ada yang makan ngan cengkih dsb….
Lagi pon kalau kita bukak sarang lebah kelulut yang kita bela, hidu bau sarang dia pun memang pernafasan kita rasa ringan….

Masalahnya, kajian scientific pulak kata tak ada effect ponnn kalau kita hidu atau ambil madu untuk untuk legakan asma…. (untuk bancuhan madu ngan bahan2 lain masih dalam kajian)

Habis, macamana tuhh?

Ok… Asma ni berkait langsung nga allergy (ada juga penyebab lain)…. Salah satu punca yg diketahui diketahui boleh menyebabkan allergy adalah pollen dari tumbuhan. Org asma dapat sumber allergen ni masa main kat pokok bunga depan rumah kerrr, yg berterbangan dalam udara kerrr…atau macam2 cara…

Jadi, memandangkan lebah ni suka collect pollen untuk makanan depa (tengok gambar kat kaki lebah kelulut tuuu)….kajian terbaru telah dilakukan dengan menggunakan madu yang bercampur pollen…..jen jen jenggg…. POSITIVE! 60% pesakit tunjukan pengurangan simptom asma….Wahhh best best!

Makanya, kesan ini dihuraikan sebagai teori dimana pengambilan madu yang bercampur pollen akan merangsang badan kita membentuk imuniti terhadap pollen yang jadi sumber allergy tu…. Tambahan pulak, dah lerr madu ni kaya ngan anti-oksida, vitamin, anti-radang dsb…..so, campuran madu ngan pollen ni pulak akan ummphhhkan lagi khasiat madu! 

Kalau dalam sarang lebah kelulut ni, pollen yang diambil oleh lebah akan dicampur dengan madu dan komponen lain dan di simpan sebagai BEE BREAD (klik sini kalau nak tengok ghuper dia)….

Jadinyaaaaa…. Kalau kita nak harapkan madu sahaja untuk RAWATAN LANGSUNG asma ker, allergy kerr….. mungkin kesannya kureeeng…. Tapi digalakkan ambil madu untuk PENCEGAHAN, seelok2nya ambil madu yang bercampur dengan bee bread, pastu boleh amalkan menghidu bau madu pagi2… insyaAllah…

Cuma pesanan akhir….  Walaupun madu ni bagus, tapi untuk sesetengah orang yang memang allergic ngan madu….jangan pulak pandai2 nak makan! Boleh jadi anaphylactic shock tauuu 

1 comment:

  1. Mcm mana nak buat campuran madu dan beebread Than?

    ReplyDelete