Saturday, 21 September 2013

Makan madu kelulut untuk “tahan” lama sambil rawat resdung, kanser dan jantung

Okey… okeyyy…. Lepas post pasal madu kelulut aritu, banyak lak yang inbox saya tanya macamana nak makan madu. Mmeh sini nak citer! Macamana nak makan madu supaya badan kita “tahan” lama dan sihat sampai tua…

Satu, madu ni PENAWAR yang dikatakan bagus untuk macam2 penyakit. Tapi kena faham, bila sakit apa2, bukan boleh bergantung sepenuhnya pada madu sebab madu bukan diketegorikan sebagai ubat…. cuba citer farmasi hospital mana yang bagi madu? Takdekan?

Habis tu kenapa nak makan madu??? Kenapa kata madu rawat kanser?? Rawat resdung?? ?? 
Sabar2, baca bagi habis boleh tak??…mula2 kita citer nape nak makan madu, pastu cara makan kita citer nanti…..


Madu untuk kesihatan umum.

Madu ni adalah satu formulasi lengkap semulajadi yang beri tenaga, bersifat antikanser, antiinflmatori (antiradang) dan antioksida yang tinggi.
Secara spesifiknye madu ni ader element macam gula (glucose, fructose dsb.), minerals (magnesium, potassium, calcium, sulphur, iron, iodine, zinc, copper, phosphate dsb.), dan vitamin (B1, B2, B3, B5, B6, C). Cerr tengok kat tin Redbull, vitamin apa yg banyak??? (secara tak langsung, madu ni pembekal tenaga kaaann?). Yang pasti madu ni sedap and manis ala-ala Hanis Zalikha giteww kikiki…


Ok sambung., bila kita bangun pagi, makan dan buat aktiviti harian badan kita akan ber “metabolisma” untuk HASIL kan TENAGA …dapat la kita berjalan, dan menari Gangnam atau gi tengok KL Gangster 2…

Nak senang faham, bayang jerr enjin kereta vios baru, bila start enjin…. “metabolisma” petrol dalam enjin beri “tenaga” untuk kereta bergerak…
Tapi produk sampingannya adalah asap!…tul tak?
So, metabolisma dalam badan kita pun bebaskan produk sampingan yang orang panggil RADIKAL BEBAS (sainsnya orang biasa refer to Reactive Oxygen Species/ ROS) ….
Nak nak lagi kawww, kita tambah radikal bebas dari luar ke dalam badan kita macam nikotin (dari rokok) kerr, alchohol kerrrr, dari jerebu kerr, racun serangga kerr….tak pun kita terdedah pada cahaya UV dari matahari….lagi banyak lerr radikal bebas ni dalam badan kita.

Jadi, apa masalahnya???
Masalahnya, radikal bebas yang tinggi dalam badan akan menyebabkan kerosakan pada sel yang akhirnya menyebabkan sakit jantung, kanser, sakit mata, alergi, penuaan dan merendahkan system imun… (sebab tu kalau masa jerebu, kita kena minum banyak air and makan banyak buah-buahan untuk kuatkan system imun badan)
Sebagai contoh, kehadiran radikal bebas ini akan menyebabkan mutasi pada DNA pada sel2 tertentu dan akhirnya menjadi kanser.

Makanyeee, melalui pengambilan madu kelulut ni, antioksida yang ada dalam madu ini akan bertindak pada radikal bebas tadi dan cegah badan dari penyakit2 kronik macam sakit jantung, kanser, dan buat uoalss awet muda!
Madu ni juga akan kuatkan sistem pertahanan badan dan bantu kurangkan alergi dan penyakit lain macam resdung..

Yang orang citer madu ni boleh rawat HIV, kanser, resdung, sakit tekak dan macam2 penyakit secara langsung tu macamana pulak??? Follow link pada jenis penyakit....yang lain2
Tunggu….esok lusa saya share…just click kat Google+ badge sebelah tuuuu......
Tak nak uoalss hampa, kat bawah tu saya bagi satu contoh 
J

Madu untuk rawatan langsung…

Luka luar dan dalam perut (ulcer)
Untuk kegunaan dlm rawatan luka, ciri utama madu ni orang panggil hygroscopic. Maksudnya, kalau kita dedahkan madu pada udara, ia akan serap lembapan dalam udara (bahasa manggerisnya orang kata natural humectant) …. Ala-ala bluehypo gitewww hehe…

Jadi, bila madu ni orang letak kat tempat luka, ia akan kekalkan lembapan dan galakkan pertumbuhan tisu baru pada luka tu….So, takde laaa jadi parut.
Lagi satu, madu ni bila kita guna, ia akan bebaskan hydrogen peroxide (H2O2)….cerr tengok kat cream luka ada tak menda alah ni?? Adakan? Jadi madu ni ada natural H2O2 yang clearkan tisu mati…. Jadi cepatlaa pulih lukanya… nak pulak dlm madu tu ada antibiotic ngan zat2 lain…Therbaekk!
So, ulcer dalam perut pun Insyaallah pulih….Superb kan?
(Masalahnya, korang yakin ke madu yang korang amik tu asli???)

2 comments: