Okey… okeyyy…. Lepas post pasal madu kelulut aritu, banyak lak
yang inbox saya tanya macamana nak makan madu. Mmeh sini nak citer! Macamana
nak makan madu supaya badan kita “tahan” lama dan sihat sampai tua…
Satu, madu ni PENAWAR yang dikatakan bagus untuk macam2
penyakit. Tapi kena faham, bila sakit apa2, bukan boleh bergantung sepenuhnya
pada madu sebab madu bukan diketegorikan sebagai ubat…. cuba citer farmasi
hospital mana yang bagi madu? Takdekan?
Habis tu kenapa nak makan madu??? Kenapa kata madu rawat
kanser?? Rawat resdung?? ??
Sabar2, baca bagi habis boleh tak??…mula2 kita citer nape nak
makan madu, pastu cara makan kita citer nanti…..
Madu untuk kesihatan umum.
Madu ni adalah satu formulasi lengkap semulajadi yang beri
tenaga, bersifat antikanser, antiinflmatori (antiradang) dan antioksida yang
tinggi.
Secara spesifiknye madu ni ader element macam gula (glucose,
fructose dsb.), minerals (magnesium, potassium, calcium, sulphur, iron, iodine,
zinc, copper, phosphate dsb.), dan vitamin (B1, B2, B3, B5, B6, C). Cerr tengok
kat tin Redbull, vitamin apa yg banyak??? (secara tak langsung, madu ni
pembekal tenaga kaaann?). Yang pasti madu ni sedap and manis ala-ala Hanis
Zalikha giteww kikiki…
Ok sambung., bila kita bangun pagi, makan dan buat aktiviti
harian badan kita akan ber “metabolisma” untuk HASIL kan TENAGA …dapat la kita
berjalan, dan menari Gangnam atau gi tengok KL Gangster 2…
Nak senang faham, bayang jerr enjin kereta vios baru, bila start
enjin…. “metabolisma” petrol dalam enjin beri “tenaga” untuk kereta bergerak…
Tapi produk sampingannya adalah asap!…tul tak?
So, metabolisma dalam badan kita pun bebaskan produk sampingan
yang orang panggil RADIKAL BEBAS (sainsnya orang biasa refer to Reactive Oxygen
Species/ ROS) ….
Nak nak lagi kawww, kita tambah radikal bebas dari luar ke dalam
badan kita macam nikotin (dari rokok) kerr, alchohol kerrrr, dari jerebu kerr,
racun serangga kerr….tak pun kita terdedah pada cahaya UV dari matahari….lagi
banyak lerr radikal bebas ni dalam badan kita.
Jadi, apa masalahnya???
Masalahnya, radikal bebas yang tinggi dalam badan akan
menyebabkan kerosakan pada sel yang akhirnya menyebabkan sakit jantung, kanser,
sakit mata, alergi, penuaan dan merendahkan system imun… (sebab tu kalau masa
jerebu, kita kena minum banyak air and makan banyak buah-buahan untuk kuatkan
system imun badan)
Sebagai contoh, kehadiran radikal bebas ini akan menyebabkan
mutasi pada DNA pada sel2 tertentu dan akhirnya menjadi kanser.
Makanyeee, melalui pengambilan madu kelulut ni, antioksida yang
ada dalam madu ini akan bertindak pada radikal bebas tadi dan cegah badan dari
penyakit2 kronik macam sakit jantung, kanser, dan buat uoalss awet muda!
Madu ni juga akan kuatkan sistem pertahanan badan dan bantu
kurangkan alergi dan penyakit lain macam resdung..
Yang
orang citer madu ni boleh rawat HIV, kanser, resdung, sakit tekak dan macam2
penyakit secara langsung tu macamana pulak??? Follow link pada jenis penyakit....yang lain2
Tunggu….esok
lusa saya share…just click kat Google+ badge sebelah tuuuu......
Tak nak uoalss hampa, kat bawah tu saya bagi satu contoh J
Madu
untuk rawatan langsung…
Luka luar dan dalam perut (ulcer)
Untuk kegunaan dlm rawatan luka, ciri utama madu ni orang
panggil hygroscopic. Maksudnya, kalau kita dedahkan madu pada
udara, ia akan serap lembapan dalam udara (bahasa manggerisnya orang kata natural
humectant) …. Ala-ala bluehypo gitewww hehe…
Jadi, bila madu ni orang letak kat tempat luka, ia akan kekalkan
lembapan dan galakkan pertumbuhan tisu baru pada luka tu….So, takde laaa jadi
parut.
Lagi satu, madu ni bila kita guna, ia akan bebaskan hydrogen
peroxide (H2O2)….cerr tengok kat cream luka ada tak menda alah ni?? Adakan?
Jadi madu ni ada natural H2O2 yang clearkan tisu mati…. Jadi cepatlaa pulih
lukanya… nak pulak dlm madu tu ada antibiotic ngan zat2 lain…Therbaekk!
So, ulcer dalam perut pun Insyaallah pulih….Superb kan?
(Masalahnya,
korang yakin ke madu yang korang amik tu asli???)